KURUS 2-5KG SEMINGGU DENGAN ALPHA LIPID SDII KAU ADALAH PENAWAR - APLHA LIPID LIFELINE Produk-produk KESIHATAN SEMULAJADI!! GET SLIM, BE STYLO....  We hand-hold you every single step of the way

Hormon Penentu Kesihatan

Punca kemerosotan kesihatan manusia

SERING kita membuat pelbagai tanggapan apabila berdepan dengan masalah berat badan, kemurungan, keletihan, cepat marah, sakit otot, sakit sendi, masalah tidur dan stres.

Adakah ia mempunyai kaitan dengan keadaan persekitaran, pola pemakanan, tabiat dan gaya hidup ataupun kerana menghidap penyakit tertentu?

Masalah tersebut merupakan beberapa perubahan negatif yang menjejaskan kesihatan ramai wanita, sama ada dalam lingkungan usia 20-an, 30-an mahupun 40-an. Lelaki juga tidak terkecuali.

Seringkali simptom-simptom itu mudah dikaitkan dengan sikap malas atau kegagalan menyusun rutin harian secara rasional. Hakikatnya, ramai yang tidak menyedari bahawa ia berlaku kerana masalah ketidakseimbangan hormon.

Hormon memberikan pengaruh yang besar pada tubuh badan, cerminan penampilan dan emosi. Badan manusia bergantung pada hormon untuk tidur, bangun pagi setiap hari, berfikir dengan jelas, membantu pertumbuhan, mengekalkan kesihatan, berat badan dan paras rupa.

Ia juga mempengaruhi mood, kemampuan seksualiti, keinginan seksualiti, kesuburan, kulit, rambut, penglihatan dan suhu badan. Pendek kata, ia memainkan peranan penting dalam perkembangan tubuh badan dan minda.

Namun, bermula umur 25 tahun, manusia mengalami kemerosotan perlahan dalam pengeluaran hormon lalu menyebabkan penurunan fungsi normal tubuh dan penuaan.

“Banyak penyakit berpunca daripada ketidakseimbangan hormon. Antaranya ialah letih, murung, darah tinggi, kegemukan, masalah tidak boleh tidur, obesiti dan malas.

“Tidak terkecuali adalah masalah tidak subur, lesu, mudah keguguran, haid tidak betul, migrain dan senggugut,” ujar Pakar Antipenuaan, Perubatan Regeneratif dan Estetik, Dr. Wan Julia Sham Ariffin.

Peningkatan usia

Jelas Wan Julia, ketidakseimbangan hormon terjadi kerana beberapa faktor penyebab iaitu peningkatan usia, pemakanan tidak sihat, kurang senaman, pencemaran alam sekitar, kebisingan dan juga radiasi.

Akibatnya, berlaku gangguan yang menyebabkan komunikasi antara sel melalui hormon menjadi kurang efektif lalu menyumbang kepada mutasi sel. Keadaan itu sekali gus menyebabkan kemerosotan tahap imunisasi.

Wan Julia menambah, ramai doktor kini tidak mengaitkan sesuatu penyakit itu dengan hormon. Sebaliknya, mereka hanya merawat pesakit tanpa melihat penyebabnya.

“Dalam badan kita mempunyai pelbagai hormon iaitu hormon estrogen, hormon pertumbuhan manusia, melatonin, pregnenolon, progesteron, testosteron, kortisol, dehidroepiandrosteron (DHEA) dan tiroid. Setiap daripadanya mempunyai fungsi unik.

“Misalnya, hormon estrogen dan progesteron adalah untuk sistem reproduktif wanita manakala testosteron pula untuk lelaki. Pregnenolon untuk ingatan, kortisol untuk imuniti dan stres,” ujarnya.

Wan Julia memberi senario contoh; merawat seseorang yang tidak boleh tidur dengan ubat tidur hanya akan menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan stres kerana masalah tersebut akan sentiasa berulang.

Mereka seharusnya memastikan paras melatonin, kortisol, progesteron dan serotonin berada pada paras optimum terutamanya bagi wanita yang berada dalam lingkungan usia pramenopaus atau menopaus.

“Kekurangan hormon akan menyebabkan seseorang itu tua sebelum masanya. Individu itu juga bakal berhadapan dengan pelbagai jenis penyakit seperti sakit sendi, sakit pinggang, kuku pecah, stres, lingkaran hitam bawah mata dan muka cengkung,” katanya sambil memberitahu kekurangan atau berlebihan hormon tidak baik untuk kesihatan seseorang.

Faktor penyumbang

Banyak perkara yang boleh menyumbang kepada masalah ketidakseimbangan hormon iaitu tekanan daripada persekitaran, toksik, makanan, dadah, alkohol, bahan kimia dan makanan segera.

“Makanan segera boleh menyebabkan obesiti kerana ia mengandungi banyak gula yang akan menyerang insulin sekali gus mempengaruhi paras kortisol, estrogen dan progesteron.

“Ia berakhir dengan sindrom metabolik seperti kencing manis, kolesterol tinggi, obesiti dan darah tinggi,” ujarnya.

Menurut Wan Julia, hormon-hormon di dalam badan memerlukan mineral yang seimbang, vitamin dan antioksidan untuk berfungsi.

Senaman juga merupakan salah satu cara untuk menggalakkan pengeluaran hormon. Malangnya, kebanyakan orang pada hari ini tidak mempunyai masa untuk bersenam tetapi ada masa pula untuk berjumpa doktor dan ambil ubat-ubatan.

Wan Julia sempat mengulas mengenai masalah gemuk tanpa sebab dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak yang sibuk diperkatakan kini.

“Ramai yang terlepas pandang bahawa ia adalah masalah ketidakseimbangan hormon. Mereka sebaliknya menuding jari kepada pesakit, dan kemudian hanya merawat simptom penyakit tetapi tidak mempedulikan puncanya.

Golongan berisiko

Mereka yang terlalu sibuk dan tiada masa untuk menjaga kesihatan serta tiada masa untuk beriadah mempunyai kecenderungan untuk berdepan dengan masalah ketidakseimbangan hormon.

“Selain itu, orang yang tidak cukup tidur, orang gemuk, orang yang makan makanan segera, juga berisiko.

“Antara lelaki dan wanita, wanita lebih berisiko mengalami masalah ketidakseimbangan hormon kerana sistem tubuh wanita adalah lebih kompleks,” katanya.

Wanita yang tidak beranak turut dalam senarai golongan berisiko kerana setiap kali mengandung, hormon akan meningkat 200 peratus iaitu 10 hingga 20 kali ganda tinggi daripada biasa. Jadi, wanita-wanita yang tidak beranak berisiko berhadapan dengan masalah ketidakseimbangan hormon.

Masalah ketidakseimbangan hormon boleh diperbaiki atau dirawat dengan menyeimbangkannya melalui rawatan penggantian hormon semula jadi (bioidentical hormone replacement therapy) dan bukannya hormon sintetik.

Fungsi hormon sintetik adalah sama seperti hormon semula jadi tetapi ia mempunyai struktur molekul yang berbeza. Tubuh manusia lazimnya menerimanya sebagai benda asing namun reaksi dan tindak balasnya boleh menyebabkan kanser.

Hindari simptom

“Begitupun, kita seboleh-bolehnya mahu mengelakkan orang daripada pengambilan ubat-ubatan (dadah), maka mereka boleh berikan penumpuan kepada senaman, nutrisi pemakanan seimbang dan hormon semula jadi bagi memperbetulkan ketidakseimbangan hormon,” ujarnya.

Wan Julia memberitahu, sains membuktikan manusia boleh lari daripada simptom-simptom penuaan dengan tiga cara iaitu senaman, pemakanan sihat (suplemen) dan menyeimbangkan hormon (seimbangkan dengan hormon dan bukannya dengan ubat).

“Bagaimana untuk mengetahui seseorang itu mengalami masalah ketidakseimbangan hormon atau tidak? Seseorang itu akan nampak tua berbanding usia, keletihan, kemurungan, tidak bersemangat, kurang ceria, penampilan kurang menarik dan tidak bertenaga.

“Rawatannya mudah sahaja. Pertama sekali, seseorang itu perlu membuat ujian darah yang komprehensif untuk lihat paras hormon-hormon yang bermasalah. Bukan buat ujian darah biasa,” jelasnya.

Selepas doktor mengenal pasti hormon apa yang kurang, seseorang pesakit itu akan diberikan hormon sama ada dalam bentuk kapsul, pil, suntikan, krim ataupun patch selain diberi nasihat mengenai aspek pemakanan, suplemen antioksidan serta jenis senaman yang perlu dilakukan.

Pesakit kanser dan mereka yang berisiko kanser perlu lebih berhati-hati apabila mengambil rawatan hormon.

Menurutnya, rawatan hormon bukan dilakukan untuk jangka masa pendek kerana ada segelintir hormon perlu diambil sepanjang hayat.

“Hormon yang digunakan dalam rawatan pula bukannya hormon sintetik tetapi hormon semula jadi.

“Segala permasalahan ada penyelesaiannya. Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang diperkatakan, berjumpalah dengan pakar antipenuaan untuk lihat sama ada paras hormon anda normal atau tidak,” pesannya. (Sumber; Kosmo)

Simptom ketidakseimbangan hormon

Simptom ketidakseimbangan hormon boleh muncul walaupun pada usia muda seawal 20an. Namum begitu, simptomnya berbeza bagi setiap individu dan boleh bertambah serius dengan peningkatan umur jika diabaikan pada peringkat awal.

  • Panas badan
  • Murung dan letih
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Kekeringan faraj
  • Rambut gugur dan pertumbuhan rambut di muka
  • Sakit kepala dan pening
  • Kurang keinginan seks
  • Endometriosis
  • Osteoporosis
  • Masalah haid
  • Jangkitan saluran kencing dan kencing tidak terkawal
  • Tumor payudara
  • Berat badan bertambah, edema dan kembung perut

Minum Alpha Lipid Lifeline adalah salah satu ikhtiar untuk mengatasi masalah hormon. Selebihnya dapatkan nasihat pakar dan DOA kepada Allah S.W.T. In Shaa Allah.

DETOX


Apa Itu Penyahtoksifikasi?

Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita. Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin. Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin.


Kelebihan Pembersihan Usus

Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.


NYAH TOKSIK

MASALAH keletihan dan tidak bermaya memang memeningkan, tambah pula jika dibebani masalah kurang tidur dan seluruh badan terasa sengal.

Ia bukan saja ‘menyakitkan’, malah tidak salah mengatakan ia pasti mencacatkan rutin harian hingga boleh membawa kepada tekanan atau ‘stres’.

Apabila timbul masalah begini dalam diri anda, ia harus ditangani dengan bijaksana supaya tidak memudaratkan kesihatan kerana ia boleh menyebabkan pengumpulan toksik dalam badan dan melemahkan organ.

Selain itu, jika pengambilan makanan tidak seimbang dan wujud gangguan pencemaran udara, ia meninggalkan lebih banyak kesan negatif kepada sistem badan dan mengumpul banyak toksik dalam tubuh.

Pengumpulan toksik juga memaksa sistem badan bekerja keras untuk melupuskannya dengan menggunakan nutrien penting dalam badan, bahkan ia menghakis tenaga, sekali gus melemahkan sistem imun seseorang.

Masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah melalui proses pembersihan seluruh sistem dalaman atau menyah toksik untuk menghapuskan ‘kotoran’ dalam badan.

Hati dan sistem penghadaman adalah organ penting membantu melupuskan toksik. Jika organ ini dibebankan dengan tugas melupuskan toksik secara berlebihan, toksik akan mula memasuki saluran darah dan merosakkan organ dan kelenjar.

Akibatnya, ia menyebabkan inflamasi (keradangan), pening kepala, berat badan bertambah dan membuatkan individu terbabit menjadi lesu dan tidak bermaya.

Lantaran itu, amalan menyah toksik kotoran dalam badan penting untuk memastikan sistem badan dapat berfungsi dengan baik.

Bahkan, ia mampu membawa ‘perubahan’ kepada paras rupa, deria rasa dan fungsi badan kerana ia meneutralkan toksik berbahaya dan melupuskannya daripada badan.


KENAPA PERLU BERDETOX?

Sering keletihan, masalah kembung perut, sembelit, alahan dan selulit – semua ini merupakan simptom-simptom toksin berlebihan dalam badan. Ambil tindakan segera sebelum toksin mendatangkan masalah kesihatan yang mudarat.


Detoks akan membantu anda menyingkirkan bahan-bahan yang tidak berguna di dalam badan serta mengembalikan tubuh badan yang sihat. Kita boleh mengembalikan “keremajaan“ organ badan kita. Tetapi bagaimana? Contohnya seperti kereta, badan kita jua mendapat kelebihan daripada penyelenggaraan, bagi mendapatkan prestasi yang optima pada setiap masa. Kotoran dan toksin haruslah disingkir daripada badan supaya sel-sel badan dapat menggunakan keseluruhan nutrien untuk kembali “remaja“ semula.

Fokus detoks adalah untuk menyembuhkan dan meningkatkan penyingkiran toksin melalui saluran utama sistem detoks badan. Seterusnya, penggunaan detoks adalah berbeza mengikut pemahaman masing-masing dan juga bagaimana disiplinnya diri bagi mengikuti garis panduan program:

Berpuasa

Berpuasa adalah salah satu detoks yang sangat berkesan. Cara ini menggalakkan badan dengan semulajadinya menjalankan proses membuang toksin dengan menggantikan makanan dengan air atau jus buahan dan sayuran. Selalunya berpuasa memerlukan jangkamasa yang pendek kerana berpuasa dengan secara tiba-tiba adalah tidak sesuai bagi sesetengah individu. Berpuasa memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Diet Bahan Organik

Makan makanan berasaskan organik adalah sangat baik, kerana ianya tidak mengandungi racun dan mendakan bahan kimia. Ia juga cara detoks yang bagus kerana dapat meningkatkan kesihatan yang menyeluruh. Tetapi, cara ini tidak sesuai bagi sesetengah individu yang sibuk dengan kerja. Ini kerana cara detoks ini memerlukan disiplin dan jangkamasa yang lama bagi mendapatkan keputusan yang memberangsangkan. Selain daripada itu, diet dengan bahan organik tidak membenarkan badan untuk mendapat zat besi. Ini kerana sayuran hijau dan tidak dimasak rendah kandungan zat besi yang diperlukan oleh badan.


Detoks Sebenar

Detoks seharusnya dilakukan secara alami dan lembut pada badan. Penggunaan detoks secara tiba-tiba ke dalam sistem badan kita akan menyebabkan badan menjadi sensitif atau kolon menjadi tertekan. Pakar perubatan menyarankan supaya melakukan detoks pada badan satu persatu. Ini kerana badan tidak dapat menampung sejumlah toksin yang keluar dalam sekali masa.

Walau bagaimanapun, dengan mengikut langkah satu persatu, dengan pengambilan buahan dan makanan semulajadi, senaman yang kerap serta mengambil minuman yang diformulasikan khas, menjadikan cara detoks sempurna dan berkesan bagi menyingkirkan toksin dari hujung rambut ke hujung kaki.


Menambah jumlah pengambilan air

Dengan minum banyak air, kita dapat membersihkan buah pinggang daripada segala toksin. Jika seseorang hanya minum sedikit air sahaja, buah pinggang akan berfungsi pada kadar yang kurang cekap dan ini menjejaskan fungsi hati yang berperanan menghasilkan metabolisme. Ini akan menyebabkan kadar pembakaran lemak badan berkurangan menyebabkan lemak semakin terkumpul di dalam tubuh. Oleh itu, minumlah lebih banyak air untuk mendapatkan banyak manfaat kesihatan dan keadaan kulit juga akan semakin baik.

Bersenam secara kerap

Bersenam secara kerap akan meningkatkan kadar metabolisme tubuh yang seterusnya membantu pembakaran lemak. Ini bukan hanya akan memperbaiki perjalanan darah, malah juga membantu meningkatkan semangat anda. Bersenamlah secara kerap selama 30 minit, 3 hingga 5 kali seminggu untuk kebaikan maksimum kesihatan anda.

Pentingnya Detox untuk Program ALSDII

Perkara perlu dilakukan Sebelum Start Program ALSDII

Seelok-eloknya 2@ 3 hari sebelum start program diet ALSDII kita perlu jalani proses detoksifikasi@ Diet Detox so that kesan dari pengambilan ALSDII lagi optimum.
Ia merupakan satu cara yang mana membantu mengeluarkan toksin berbahaya dari dalam badan kita untuk kesihatan yang optimum.

Ada banyak kelebihan Diet Detox selain daripada mengeluarkan bahan kimia berbahaya, ia juga meningkatkan kadar pencernaan dan juga tenaga . Selain daripada itu kulit juga akan lebih cerah.

Semasa Diet Detox @ Program Diet ALSD2, kita tidak digalakan ambil caffeine. Kepala akan agak pening terutama peminum caffeine tegar. Kita boleh kawal dengan mengurangkannya sehingga kita tidak rasa hendak minum lagi.

Cara untuk Detox

Ada banyak jenis diet detox, tapi yang paling mudah ialah makan buah dan sayur-sayuran. Ia akan meningkatkan pengerakan usus dan pembuangan air kecil.

Jadi ingat, untuk kesan yang optimum bila mengikuti Program ALSD2..perlu detoks dulu yer… senang jer, dalam masa 2-3 hari tu consume only sayur-sayuan dan buah-buahan sahaja. Jgn ambik protein and minum banyak air.

Sesiapa yg nak ambil Fibermax seminggu dulu pun boleh sebagai detox before start ALSDII dan lepas tu sambung bersama-sama ALSDII. Pasti lebih berkesan dan berbaloi!!

Info Lanjut;

Toksin Dalam Badan

Toksin Badan Punca Penyakit

Doktor percaya bahawa toksin yang terkumpul di dalam tubuh dan bukannya kuman adalah penyebab utama penyakit.

Bakteria dan patogen hanya akan menjejaskan kesihatan kita jika terlalu banyak toksin di dalam tubuh kita. Hal itu menyebabkan badan lemah dan kurangnya daya tahan.

Walaupun setelah dicuci, dikupas dan dibuang bijinya, tidak semua racun dan bahan-bahan kimia dapat dihilangkan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang bukan organik. (USDA, US Department of Agriculture - Jabatan Pertanian Amerika Syarikat)

Adalah dianggarkan bahawa setiap tahun terdapat 3.5 - 5.0 juta orang di seluruh dunia menderita akibat daripada pendedahan racun serangga yang berlebihan. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia)

Purata seorang rakyat Malaysia mempunyai antara 5 - 114 kali ganda racun makhluk perosak dalam darah berbanding seorang warga Amerika. (Persatuan Pengguna Penang, Malaysia)



Tanda-tanda Kita Banyak Toksin Dalam Badan

Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap.

Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.

Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi. Semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.



MINUM ALPHA LIPID LIFELINE untuk buang toksik dalam badan.

Info lanjut;

Minum Air 8 Gelas Sehari??


 MINUM AIR, KENAPA PERLU 8 GELAS SEHARI?



Pada hakikatnya selain oksigen air merupakan bahan paling penting yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hayatnya. Malangnya air sering diabaikan dalam diet, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukan di Hong Kong baru-baru ini, hanya 50 peratus daripada mereka yang ditinjau minum air sebanyak lapan gelas sehari. Manakala, yang lain-lainnya hanya minum apabila berasa dahaga saja.

Sebenarnya, kita perlu memberikan perhatian terhadap kebaikan minum air dan menggalakkan kanak-kanak berbuat sedemikian. Amalan minum air yang cukup akan dapat menghindarkan berlakunya pendehidtratan dan mengekalkan amalan membuang air besar. Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut akan terjaga.

Kita memperoleh air daripada cecair seperti air paip, susu, jus buah-buahan, kordial, minuman ringan dan sup. Makanan seperti nasi, roti, mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran turut mempunyai sedikit air walaupun tidak cukup untuk memenuhi keperluan cecair kita.
Air mempunyai peranan yang sangat penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.

Jumlah air yang hilang sebagai peluh adalah berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bergantung juga pada suasana sekitar, tahap kegiatan, dan saiz badan. Dalam kegiatan biasa, kita mengeluarkan kira-kira 500-600 ml peluh sehari. Input air perlulah sekurang-kurangnya sama dengan output air. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8-12 gelas sehari. Jumlah air yang diperlukan oleh kanak-kanak pula bergantung pada umur, berat, dan kegiatan fizikal mereka. Oleh sebab saiz tubuh mereka adalah kecil, mereka akan mengalami pendehidratan yang cepat. Selain itu, keperluan air meningkat sekiranya kita banyak menghabiskan masa di luar rumah dalam cuaca panas, kerap bersenam, atau berada dalam bilik yang berhawa dingin.

Kita biasa dengar dan diberitahu tentang betapa  pentingnya air, sehinggakan kita perlu ambil air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Namun, sedar dan tahukah kita mengapa kita disarankan sedemikian?

Bagi setiap 25kg berat kita, kadar air yang diperlukan oleh badan untuk tahap optimum ialah sebanyak 1 liter air. Jadi, sekiranya berat badan adalah 70kg, maka badan sangat memerlukan sekurang-kurangnya 2.5liter sehari. Ini bermakna kita harus minum sebanyak 2 botol air mineral yang besar!

Namun, sebilangan besar daripada kita hanya minum air selepas makan. Kebiasaannya, purata hanyalah 2 gelas setiap kali selepas makan dan ini bermakna kita hanya minum sebanyak 6 gelas air dalam sehari. Tentu sekali keperluan badan kita tidak dapat dipenuhi, kerana kebiasaannya kita hanya minum minuman yang manis dan kurang mengambil air suam atau sky juice.

Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Dan air juga lah yang banyak membantu dalam proses penghadaman yang mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, air merupakan aspek penting yang mana sangat membantu dalam proses detoksifikasi serta membantu meningkatkan metabolisma badan. Anda boleh cuba sendiri; rajin dan amalkan mengambil air kosong atau suam yang banyak setiap hari dan rasakan perbezaannya sendiri. Untuk mendisplinkan diri, dapatkan sebuah botol berukuran 1 liter atau lebih, dan minum pada kuantiti yang sewajarnya dalam tempoh sehari.

Namun, harus diingat..banyakkan minum air kosong dan bukannya minuman yang manis!

Waktu-waktu yang sesuai untuk minum air..


SELEPAS BANGUN DARI TIDUR
Minum dua gelas air masak -Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

30 MINIT SEBELUM MAKAN
Minum segelas air masak -Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

SEBELUM MANDI
Minum segelas air masak -Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

SEBELUM TIDUR
Minum segelas air masak. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.


Program Diet Alpha Lipid SDII memerlukan kita minum air kosong yang cukup dalam sehari untuk memastikan pembakaran lemak berlaku dengan cepat dan berkesan.

Info Lanjut; 
Template by Clairvo Yance
Copyright © 2012 Get SLIM Be STYLO and Blogger Themes.