Minum Air 8 Gelas Sehari??
MINUM AIR, KENAPA PERLU 8 GELAS SEHARI?
Pada hakikatnya selain oksigen air merupakan bahan paling
penting yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hayatnya. Malangnya air
sering diabaikan dalam diet, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam kajian
yang dilakukan di Hong Kong baru-baru ini, hanya 50 peratus daripada mereka
yang ditinjau minum air sebanyak lapan gelas sehari. Manakala, yang
lain-lainnya hanya minum apabila berasa dahaga saja.
Sebenarnya, kita perlu memberikan perhatian terhadap
kebaikan minum air dan menggalakkan kanak-kanak berbuat sedemikian. Amalan
minum air yang cukup akan dapat menghindarkan berlakunya pendehidtratan dan
mengekalkan amalan membuang air besar. Di samping itu, kesihatan kulit dan
rambut akan terjaga.
Kita memperoleh air daripada cecair seperti air paip, susu,
jus buah-buahan, kordial, minuman ringan dan sup. Makanan seperti nasi, roti,
mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran turut mempunyai sedikit air walaupun tidak
cukup untuk memenuhi keperluan cecair kita.
Air mempunyai peranan yang sangat penting dalam hampir
setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien
dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta
mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan
minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.
Jumlah air yang hilang sebagai peluh adalah berbeza-beza
antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bergantung juga pada
suasana sekitar, tahap kegiatan, dan saiz badan. Dalam kegiatan biasa, kita
mengeluarkan kira-kira 500-600 ml peluh sehari. Input air perlulah
sekurang-kurangnya sama dengan output air. Orang dewasa biasanya memerlukan air
antara 8-12 gelas sehari. Jumlah air yang diperlukan oleh kanak-kanak pula
bergantung pada umur, berat, dan kegiatan fizikal mereka. Oleh sebab saiz tubuh
mereka adalah kecil, mereka akan mengalami pendehidratan yang cepat. Selain
itu, keperluan air meningkat sekiranya kita banyak menghabiskan masa di luar rumah
dalam cuaca panas, kerap bersenam, atau berada dalam bilik yang berhawa dingin.
Kita biasa dengar dan
diberitahu tentang betapa pentingnya
air, sehinggakan kita perlu ambil air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Namun,
sedar dan tahukah kita mengapa kita disarankan sedemikian?
Bagi setiap 25kg berat kita, kadar air yang diperlukan oleh
badan untuk tahap optimum ialah sebanyak 1 liter air. Jadi, sekiranya berat
badan adalah 70kg, maka badan sangat memerlukan sekurang-kurangnya 2.5liter
sehari. Ini bermakna kita harus minum sebanyak 2 botol air mineral yang besar!
Namun, sebilangan besar daripada kita hanya minum air
selepas makan. Kebiasaannya, purata hanyalah 2 gelas setiap kali selepas makan
dan ini bermakna kita hanya minum sebanyak 6 gelas air dalam sehari. Tentu
sekali keperluan badan kita tidak dapat dipenuhi, kerana kebiasaannya kita
hanya minum minuman yang manis dan kurang mengambil air suam atau sky juice.
Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Dan
air juga lah yang banyak membantu dalam proses penghadaman yang mana membantu
sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja,
keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi
tulang serta organ dalaman.
Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, air merupakan
aspek penting yang mana sangat membantu dalam proses detoksifikasi serta
membantu meningkatkan metabolisma badan. Anda boleh cuba sendiri; rajin dan
amalkan mengambil air kosong atau suam yang banyak setiap hari dan rasakan
perbezaannya sendiri. Untuk mendisplinkan diri, dapatkan sebuah botol berukuran
1 liter atau lebih, dan minum pada kuantiti yang sewajarnya dalam tempoh
sehari.
Namun, harus diingat..banyakkan minum air kosong dan bukannya
minuman yang manis!
Program Diet Alpha Lipid SDII memerlukan kita minum air kosong yang cukup dalam sehari untuk memastikan pembakaran lemak berlaku dengan cepat dan berkesan.
Waktu-waktu yang sesuai untuk minum air..
SELEPAS BANGUN DARI TIDUR
Minum dua gelas air masak -Ianya membantu mengaktifkan organ
dalaman.
30 MINIT SEBELUM MAKAN
Minum segelas air masak -Ianya membantu penghadaman dan
membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
SEBELUM MANDI
Minum segelas air masak -Ianya membantu pengaliran darah dan
mengurangkan tekanan darah.
SEBELUM TIDUR
Minum segelas air masak. Ianya dapat mengelakkan terkena
strok dan serangan jantung ketika tidur.
Program Diet Alpha Lipid SDII memerlukan kita minum air kosong yang cukup dalam sehari untuk memastikan pembakaran lemak berlaku dengan cepat dan berkesan.
Info Lanjut;
0 comments: