DETOX
Apa Itu Penyahtoksifikasi?
Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan
penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan
sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang
digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang
dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak
sebagai toksin di dalam badan kita. Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang
bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan
melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan
toksin. Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh
mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin.
Kelebihan Pembersihan Usus
Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang
utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna
adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap
yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru
itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda
membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk
mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan
penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan
diperbaiki atau hilang.
Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang
sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang
dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor.
Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang
lain boleh dilakukan.
NYAH TOKSIK
MASALAH keletihan dan tidak bermaya memang memeningkan, tambah
pula jika dibebani masalah kurang tidur dan seluruh badan terasa sengal.
Ia bukan saja ‘menyakitkan’, malah tidak salah mengatakan ia
pasti mencacatkan rutin harian hingga boleh membawa kepada tekanan atau ‘stres’.
Apabila timbul masalah begini dalam diri anda, ia harus
ditangani dengan bijaksana supaya tidak memudaratkan kesihatan kerana ia boleh
menyebabkan pengumpulan toksik dalam badan dan melemahkan organ.
Selain itu, jika pengambilan makanan tidak seimbang dan wujud
gangguan pencemaran udara, ia meninggalkan lebih banyak kesan negatif kepada
sistem badan dan mengumpul banyak toksik dalam tubuh.
Pengumpulan toksik juga memaksa sistem badan bekerja keras untuk
melupuskannya dengan menggunakan nutrien penting dalam badan, bahkan ia
menghakis tenaga, sekali gus melemahkan sistem imun seseorang.
Masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah melalui proses
pembersihan seluruh sistem dalaman atau menyah toksik untuk menghapuskan
‘kotoran’ dalam badan.
Hati dan sistem penghadaman adalah organ penting membantu
melupuskan toksik. Jika organ ini dibebankan dengan tugas melupuskan toksik
secara berlebihan, toksik akan mula memasuki saluran darah dan merosakkan organ
dan kelenjar.
Akibatnya, ia menyebabkan inflamasi (keradangan), pening kepala,
berat badan bertambah dan membuatkan individu terbabit menjadi lesu dan tidak
bermaya.
Lantaran itu, amalan menyah toksik kotoran dalam badan penting
untuk memastikan sistem badan dapat berfungsi dengan baik.
Bahkan, ia mampu membawa ‘perubahan’ kepada paras rupa, deria
rasa dan fungsi badan kerana ia meneutralkan toksik berbahaya dan melupuskannya
daripada badan.
KENAPA PERLU BERDETOX?
Sering keletihan, masalah kembung perut, sembelit, alahan dan
selulit – semua ini merupakan simptom-simptom toksin berlebihan dalam badan.
Ambil tindakan segera sebelum toksin mendatangkan masalah kesihatan yang
mudarat.
Detoks akan membantu anda menyingkirkan bahan-bahan yang tidak
berguna di dalam badan serta mengembalikan tubuh badan yang sihat. Kita boleh
mengembalikan “keremajaan“ organ badan kita. Tetapi bagaimana? Contohnya
seperti kereta, badan kita jua mendapat kelebihan daripada penyelenggaraan,
bagi mendapatkan prestasi yang optima pada setiap masa. Kotoran dan toksin
haruslah disingkir daripada badan supaya sel-sel badan dapat menggunakan
keseluruhan nutrien untuk kembali “remaja“ semula.
Fokus detoks adalah untuk menyembuhkan dan meningkatkan
penyingkiran toksin melalui saluran utama sistem detoks badan. Seterusnya,
penggunaan detoks adalah berbeza mengikut pemahaman masing-masing dan juga
bagaimana disiplinnya diri bagi mengikuti garis panduan program:
Berpuasa
Berpuasa adalah salah satu detoks yang sangat berkesan. Cara ini
menggalakkan badan dengan semulajadinya menjalankan proses membuang toksin
dengan menggantikan makanan dengan air atau jus buahan dan sayuran. Selalunya
berpuasa memerlukan jangkamasa yang pendek kerana berpuasa dengan secara
tiba-tiba adalah tidak sesuai bagi sesetengah individu. Berpuasa memerlukan
kekuatan mental dan fizikal.
Diet Bahan Organik
Makan makanan berasaskan organik adalah sangat baik, kerana
ianya tidak mengandungi racun dan mendakan bahan kimia. Ia juga cara detoks
yang bagus kerana dapat meningkatkan kesihatan yang menyeluruh. Tetapi, cara
ini tidak sesuai bagi sesetengah individu yang sibuk dengan kerja. Ini kerana
cara detoks ini memerlukan disiplin dan jangkamasa yang lama bagi mendapatkan
keputusan yang memberangsangkan. Selain daripada itu, diet dengan bahan organik
tidak membenarkan badan untuk mendapat zat besi. Ini kerana sayuran hijau dan
tidak dimasak rendah kandungan zat besi yang diperlukan oleh badan.
Detoks Sebenar
Detoks seharusnya dilakukan secara alami dan lembut pada badan.
Penggunaan detoks secara tiba-tiba ke dalam sistem badan kita akan menyebabkan
badan menjadi sensitif atau kolon menjadi tertekan. Pakar perubatan menyarankan
supaya melakukan detoks pada badan satu persatu. Ini kerana badan tidak dapat
menampung sejumlah toksin yang keluar dalam sekali masa.
Walau bagaimanapun, dengan mengikut langkah satu persatu, dengan
pengambilan buahan dan makanan semulajadi, senaman yang kerap serta mengambil
minuman yang diformulasikan khas, menjadikan cara detoks sempurna dan berkesan
bagi menyingkirkan toksin dari hujung rambut ke hujung kaki.
Menambah jumlah pengambilan air
Dengan minum banyak air, kita dapat membersihkan buah pinggang
daripada segala toksin. Jika seseorang hanya minum sedikit air sahaja, buah
pinggang akan berfungsi pada kadar yang kurang cekap dan ini menjejaskan fungsi
hati yang berperanan menghasilkan metabolisme. Ini akan menyebabkan kadar
pembakaran lemak badan berkurangan menyebabkan lemak semakin terkumpul di dalam
tubuh. Oleh itu, minumlah lebih banyak air untuk mendapatkan banyak manfaat
kesihatan dan keadaan kulit juga akan semakin baik.
Bersenam secara kerap
Bersenam secara kerap akan meningkatkan kadar metabolisme tubuh
yang seterusnya membantu pembakaran lemak. Ini bukan hanya akan memperbaiki
perjalanan darah, malah juga membantu meningkatkan semangat anda. Bersenamlah
secara kerap selama 30 minit, 3 hingga 5 kali seminggu untuk kebaikan maksimum
kesihatan anda.
Pentingnya Detox untuk Program
ALSDII
Perkara perlu dilakukan Sebelum
Start Program ALSDII
Seelok-eloknya 2@ 3 hari sebelum
start program diet ALSDII kita perlu jalani proses detoksifikasi@ Diet Detox so
that kesan dari pengambilan ALSDII lagi optimum.
Ia merupakan satu cara yang mana
membantu mengeluarkan toksin berbahaya dari dalam badan kita untuk kesihatan
yang optimum.
Ada banyak kelebihan Diet Detox
selain daripada mengeluarkan bahan kimia berbahaya, ia juga meningkatkan kadar
pencernaan dan juga tenaga . Selain daripada itu kulit juga akan lebih cerah.
Semasa Diet Detox @ Program Diet
ALSD2, kita tidak digalakan ambil caffeine. Kepala akan agak pening terutama
peminum caffeine tegar. Kita boleh kawal dengan mengurangkannya sehingga kita
tidak rasa hendak minum lagi.
Cara untuk Detox
Ada banyak jenis diet detox, tapi
yang paling mudah ialah makan buah dan sayur-sayuran. Ia akan meningkatkan
pengerakan usus dan pembuangan air kecil.
Jadi ingat, untuk kesan yang
optimum bila mengikuti Program ALSD2..perlu detoks dulu yer… senang jer, dalam
masa 2-3 hari tu consume only sayur-sayuan dan buah-buahan sahaja. Jgn ambik
protein and minum banyak air.
Sesiapa yg nak ambil Fibermax
seminggu dulu pun boleh sebagai detox before start ALSDII dan lepas tu sambung
bersama-sama ALSDII. Pasti lebih berkesan dan berbaloi!!
Info Lanjut;
0 comments: