OBESITI
Apakah Obesiti
Obesiti merupakan antara faktor utama penyumbang kepada
masalah sakit jantung, tekanan darah tinggi, hiperlipidemia (tinggi kandungan
kolesterol dalam darah), kencing manis dan sebagainya. Obesiti merupakan
masalah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan manusia. Secara
umumnya obesiti dikenali oleh masyarakat sebagai masalah kegemukan atau
berlebihan berat badan. Setiap kita yang sihat adalah berisiko untuk gemuk jika
tiada inisiatif diri untuk menjaga dan mengekalkan berat badan yang sihat dan
ideal.
Bagaimana obesiti bermula?
Obesiti bermula daripada pengambilan tenaga (dari sumber
makanan) melebihi keperluan tubuh individu tersebut dalam tempoh masa tertentu,
diiringi dengan kurang aktiviti fizikal.
Namun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada gejala
obesiti, iaitu:
a) Genetik – Anak-anak berisiko untuk obes sekiranya ibu
bapa mereka begitu.
b) Diet tidak seimbang (tinggi lemak dan gula)
c) Makan secara berlebihan
d) Gaya hidup kurang aktif (kurang atau tiada aktiviti
fizikal)
e) Tekanan emosi (menyumbang kepada makan berlebihan)
f) Ubat-ubatan (bergantung kepada kesan sampingan sesetengah
ubat, tidak semua jenis ubat-ubatan)
Obesiti boleh dicegah dengan:
a) Mengamalkan pemakanan yang seimbang, sederhana dan
pelbagai. Makan mengikut keperluan sahaja (jangan terlebih makan dan berhenti
sebelum kenyang).Kurangkan makanan tinggi lemak (bergoreng, bersantan,
digalakkan susu rendah lemak).Kurangkan makanan tinggi gula (air manis,
kuih-muih, air tin, gula) Apabila kita tahu cara pemakanan yang betul, ini
memudahkan kita untuk memasak di rumah atau memilih makanan yang sihat jika
makan di luar.
b) Amalkan sarapan pagi setiap hari,untuk memulakan hari
yang baik, ceria dan berfikiran cerdas, kita memerlukan tenaga yang
mencukupi. Makan makanan yang tinggi serat (fiber), bijirin penuh serta kaya
dengan protein untuk meningkatkan metabolisme kita.Pastikan kita ada
waktu untuk bersarapan, ini dapat mengelakkan gejala pengambilan makanan yang
berlebihan waktu makan tengah hari kerana lapar.
c) Kekalkan berat badan yang sihat.Ini dapat mencegah risiko
untuk mendapat penyakit kronik dan hidup dengan baik. Sebaiknya digalakkan
untuk kita membeli penimbang berat dan mengukur berat setiap sekali seminggu
atau sekali sebulan untuk mengetahui perkembangan berat badan. Jika diukur
setiap hari, ini tidak begitu praktikal kerana pertambahan atau pengurangan
berat badan mengmbil masa tertentu untuk berubah.
d) Tingkatkan aktiviti harian.Kita perlu aktif untuk
kekalkan fungsi tubuh yang baik, kekal sihat dan ceria.
Soalan yang biasa menjadi perbualan kita:
Saya tidak gemuk,
jadi saya tidak perlu bersenam. Perlu diketahui, bersenam bukanlah untuk
menurunkan berat badan sahaja, tetapi untuk membaiki peredaran darah,
menguatkan jantung dan meningkatkan tahap kecergasan kita.
Tips untuk mengurangkan keinginan makan bagi mereka yang
obesiti:
a) Makan secara perlahan untuk setiap kunyahan
b) Guna pinggan atau mangkuk yang lebih kecil
c) Mulakan dengan kuantiti yang kecil semasa makan
d) Makan makanan yang lebih tinggi kandungan air dan minum
air dahulu sebelum makan (sup sayur, buah-buahan, air kosong)
e) Makan di tempat tertentu sahaja (elakkan di depan tv @
semasa bekerja)
f) Makan pada masa yang tetap
g) Tidak meninggalkan sarapan kerana ini akan menyebabkan
pengambilan makanan yang lebih banyak pada masa tengahari
h) Amalkan snek sihat seperti buah-buahan
i) Kurangkan kekerapan makan di luar dan hadkan duit yang
dibawa ketika keluar
j) Atasi tekanan/masalah dengan sebaiknya.
Oleh itu, makanlah dengan sihat untuk menikmati hidup yang
lebih berkualiti. Bukankah kita tahu mencegah adalah lebih baik daripada
merawat! Adakah kita dalam proses mencegah diri daripada segala penyakit kronik
dan masalah kesihatan lain? Jika belum, marilah kita mengamalkan pemakanan sihat
dan meningkatkan aktiviti fizikal untuk kebahagian diri dan orang sekeliling.
Kita sihat, masyarakat sihat, pasti semua boleh berkerja dan
menjalani hidup yang berkualiti. Mari kita mensyukuri nikmat kesihatan yang
diberkan oleh Allah s.w.t, mari kita bersama menjaga nikmat kesihatan ini.
Alpha Lipid SDII terbukti dapat membantu anda untuk tidak obes lagi. Dapatkan berat anda yang IDEAL dengan ALSDII sekarang.
Info Lanjut;
jd ke
ReplyDeleteContact saya.
ReplyDelete